Jumaat, 27 Mei 2016

semoga

27 mei 2016, jumaat, 6.13 petang.

assalamualaikum.

salam jumaah mubarakah semua. subhanallah, ramadhan tak lama lagi akan menjelma. bersediakah kita? cliche. but that's actually should be reminded sebab kadang2 kita tak sedar. kerna manusia itu pelupa dan perlu sering diingatkan.

1. yang mana belum habis ganti puasa ramadhan tahun lepas, sila gantikan segera. note to myself too. huhu. 

2. latih diri untuk bangun malam mulai sekarang. nanti tak lah kelat nak bangun. sayang kalau tak manfaatkan malam-malam ramadhan yang penuh berkat tu. in shaa allah kali ni akan dimanfaatkan.

3. biasakan diri bersedekah setiap hari walau sesen pun. subhanallah, tidak kita tahu apa ganjarannya. kadang2 minda masyarakat melayu khususnya selalu menganggap sedekah tu mesti keluar duit.
anda anda dan anda, senyum tu pun sedekah tau. huhu. awak tolong orang pun sedekah. bagi makan orang lain waktu berbuka puasa tu pun sedekah. so pandai2 lah bersedekah ikut kemampuan masing2. in shaa allah semuanya dikira di sisi tuhan.

4. tilawah kalam tuhan setiap kali lepas solat. biasakan walau satu ayat :) in shaa allah masa kita bermanfaat.

so these are some tips and amalan yang boleh diistikomahkan sepanjang puasa. banyak lagi benda lain boleh buat, tapi kalau kau bukan jenis rajin buat benda2 ni, mulakan sikit2 yang simple2 je dulu, biasakan dulu, okeh . 

semoga aku tak :

   boros
   malas
   banyak tidur
   buang masa
   kuat marah

in shaa allah. "dan berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan kepadamu" itu janji tuhan. pray.

ramadhan dah nak datang.
fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)


Khamis, 26 Mei 2016

kami

25 mei 2016. rabu. 12.15 am.

assalamualaikum.

satu hari nanti, akan aku kenang semua insan yang pernah mewarnai hidup ini :)

actually, hari ni aku berhasrat untuk ke hospital kl dan rupa-rupanya appoinment bukan hari ni. tapi esok. ohh.

petang . kami satu bilik keluar ke pasar malam. menghabiskan sisa waktu yang berbaki untuk semester ini. mi kawah-roti arab-popia basah-putu bambu-kek cheese tak tulen-kebab-yongtaufu-air mangga-coconut shake tak sedap(bak kata intan).

banyak kan? meraikan rakan sebilik yang sangat supportive. haha. jangan berkira pasal makan bila berkawan ni. haha. yes, sangat seronok bila nampak semua kenyang.

malam. study bm kerjaya untuk final exam esok. sambil habiskan sisa yongtaufu dan kek yang belum habis. diselang seli dengan saat menunggu reply untuk samyang dan sambal hitam yang diorder. haha. macam macam. aku pulak resah berbalas wasap tentang phone aku yang tgh rosak. risau mengenang nasib hp itu.

entah. rasa seronok dapat bersama. tiba-tiba masuk bab nak travel ke korea.

afini pon cakap : "korang kawen la dengan orang kaya. lepas tu belanja gi korea."

haha. terhibur kami. antara penghibur kami yang bekerjaya :))

ok, sekian. semoga ukhuwah kami berkekalan.

fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)

Isnin, 23 Mei 2016

beware

23 mei, isnin, 8.50 malam.

assalamualaikum. 

here i begin. note to myself dan semua. hidup ini yes kau punya . maka terserah pada kau la nak buat apa untuk make ur life as wonderful as u wish. but, berwaspada la. kau punya musuh yang tidak nyata tu always there to make ur life sesesat mungkin. beware .

and this is where our nafs play the role. kehendak, keinginan, kemahuan and whats so ever that u call, its ur choice. but make sure itu bukan pilihan yang sia-sia. come on, sayang kot if u budak agama and u choose to be such that devil. 

wake up. there is ups and downs in our life. iman naik turun, of course. for sure tak dinafikan langsung. but kita diberi pilihan sama ada live well or live hell. dah besar kan ? 

use techno nowadays in the best way. to lighten up ur soul. purify ur heart and mind. to spread the words of allah. 

may allah ease. may allah bless. fi hifzillah. pray for me yeah. assalamualaikum :)

Sabtu, 21 Mei 2016

fi hifzillah

21 mei, sabtu, 8.26 malam.

assalamualaikum.

kau tahu tak perasaan bila berjauhan dari ahli keluarga? perasaan tu macam tak mampu nak diluahkan. mungkin bagi kau itu perkara remeh. tapi tidak aku. aku bukan jenis yang manja dengan family sendiri.

kami bukan jenis yang setiap hari akan call tanya itu ini, sembang itu ini. share itu ini. kami jenis yang tak tunjukkan kasih sayang sesama kami secara direct. hasilnya, jarang sangat call mereka. tanya khabar. kongsi masalah apatah lagi. terkadang aku iri melihat mereka yang setiap kali call parents/family members, mereka kelihatan sangat bahagia, cerita itu ini, panjang perbualan. entah apa yang dibicarakan. aku ni, bila ayah/ibu call atau sebaliknya, pasti ada tujuan kalau tak, takkan call punya. dan kalau bercakap pun, x pernah sampai 5 minit pon. sebab tak tahu apa yang nak dibualkan. masing2 begitu.

tapi kalau rindu tu, hanya tuhan yang tahu. menangis mengenang saat bersama mereka walaupun tidaklah seerat mana.

tapi lega melihat mereka baik2 sahaja di depan mata. tidak sakit dan sebagainya. tapi bila berjauhan, entah apa yang menimpa mereka. risau. ayah, ibu yang semakin lanjut usia. kakak2, abang dan adik lelaki aku yang entah macam mana hidup mereka. aku tidak mampu berbuat apa2. padahal boleh je call tanya khabar semua. tapi entah kenapa. janggal itu ada. padahal seboleh bolehnya aku mahu datang pada mereka katakan aku sayang mereka. jaga diri baik2. jaga iman, jaga hti, jaga amalan, jaga kesihatan, belajar kerana tuhan, tapi...itu semua cuma dalam doa.

kalian, semoga kalian dijaga tuhan. semoga kalian masih di bwah rahmat tuhan.
fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)

video sc

21 mei 2016, sabtu, 2.52 petang.

aku syahidah.

alhamdulillah, kini aku telah diberi kesempatan untuk brnafas di muka bumi selama 19 tahun lebih. sekarang aku sudah berumur 20 tahun walaupun belum genap.

 satu aku nak kongsi. dalam hidup ini, aku selalu merasakan bahawa aku bertuah. kenapa? kerana walau sebesar mana dosa aku lakukan, tuhan tak pernah lagi menghukum aku. maka aku pun mula jadi leka.

 aku masih seorang yang bergelar pelajar. suatu masa, aku rasa aku terbiasa dengan sikap belajar akhir waktu. bila peperiksaan dah dekat, 2 atau 1 hari sebelum tu baru aku mula belek buku pelajaran. dan peperiksaan sentiasa baik. terbaik dari yang lain. terkadang rasa bangga dan bahagia.

 satu saat, aku sedang sibuk mengulangkaji. seingat aku sewaktu itu aku sedang menghafal istilah2 yang aku belajar dalam subjek ulum hadith. sangat banyak istilah yang perlu diingati. dalam bahasa arab pula tu. aku baca, baca dan baca. lupa. baca lagi, bila nak ulang semula apa yang telah dibaca, aku lupa.

 waktu itu, aku rasa sangat susah hati. mengapa susah sangat nak hafal ni? ya allah. aku berhenti dari menghafal. waktu itu nak dekat solat maghrib. usai mengerjakan solat maghrib berjemaah dengan teman sebilik, aku terdetik untuk solat hajat.

dalam sujud terakhir itu, aku berhenti lama. mula2, aku luahkan masalah yang aku hadapi - susah menghafal. lalu, aku mohon pada tuhan agar beri kemudahan dan untuk aku memahami apa yang aku pelajari. lalu minta lagi agar apa yang aku baca mudah dihafal dan tak mudah lupa dari ingatan. lalu minta lagi agar diberi kemudahan serta ketenangan untuk jawab peperiksaan esok. akhir sekali, aku terdetik untuk meminta agar apa yang aku pelajari dan hafal ini akan kekal di dada aku, berguna untuk ummah dan aku beramal dengan apa yang telah aku pelajari. salam.

 kau tahu? selesai solat 2 rakaat itu, aku kembali sambung baca subjek ulum hadith tu dan subhanallah. aku senang faham dan bila faham mudah sangat nak hafal. aku dapat rasakan betapa tuhan mendengar doa aku. tuhan makbulkan doa aku. menitis air mata aku saat itu.

 baru aku sedar. selama ini kalau aku punya masalah, penat, stres belajar, aku kurangkan bebanan yang dirasa tu dengan tengok movie, jalan2 keluar serata kl, bersukan. jarang aku pilih untuk bersujud di kala itu atau buka buku cinta tuhan itu. ya, aku sangat teruk. lupa pada dia. bila dalam susah, baru aku menangis nangis mencari tuhan padahal tuhan sentiasa berada di sisi aku.

satu perkara. kau susah, kau senang, cari tuhan dulu. lupakah kau dia yang ciptakan kau?

 fi hifzillah.
 doakan aku yeah.
assalamualaikum :)

Jumaat, 20 Mei 2016

lesson

20 mei 2016, jumaat, 7.49 malam menurut jam laptop aku.

assalamualaikum semua. salam jumaah mubarakah.

pertama sekali, kenapa aku perlu tulis tarikh, hari dan masa pada permulaan penulisan aku? sebab aku pelupa. sering kali aku ingatkan diri bahawa aku pelupa sebab apa? sebab aku pelupa. dan amat sayang kalau aku lupa kisah aku, mereka yang pernah hadir mencorakkan memori aku. sayang kalau aku lupa.

 bismillah. kalam pemula tanda dia tuhan yang esa.

entry pertama selepas starting post yang aku tulis 2 hari lepas ni akan aku mulakan dengan satu kisah yang mungkin tidak penting bagi kau orang. tapi cukup bermakna untuk aku.

 kau tahu? bukan mudah untuk aku mencoret kisah di muka blog ni sebab aku bukan seorang yang puitis atau reti berbahasa indah. cuma bahasaku straight to the point. kadang aku seorang yang fahami. haha. manusia itu semua berbeza, khilaf. dan khilaf itu rahmat. ya.

 "belajarlah apa yang kau minat"

 "memilihlah dalam berkawan"

 "buatlah persediaan awal dalam setiap perkara"

 "kadang pertemuan tanpa sengaja itu ada hikmah"

 "buatlah sesuatu mengikut apa yang kau rasa mampu"

 "kalau kau sibuk bekerja untuk jalan tuhan, pasti tuhan akan bantu kau dalam kau susah"

cliche bukan kata-kata kat atas ni? sangat. tapi kau tak tahu, banyak yang aku pelajari dari kata-kata itu. itu semua bukan omong aku.

 tapi aku kutip semuanya dari manusia yang berbeza. yang aku rapat mahupun tak rapat. kenal mahupun tak kenal. hikmah. aku jumpa dia tanpa ketahui satu sama lain. tapi pertemuan itu membawa aku sedar tentang hidup.

dulu aku selalu ikut orang. orang pilih pink, aku pilih pink. orang ikut jalan itu, aku turut. tahu tak? waktu sekolah menengah, aku ambil aliran sains tulen. padahal aku tak minat sains. at last, semua subjek sains aku waktu spm semua gred bukan a. dan aku belajar sesuatu, "buatlah sesuatu yang kau minati"

 tidak aku mahu cerita semua dahulu. cukuplah satu dulu. kalau ku sumbat semua, macam lah kau ambil pengajaran. haha. aku bercakap perihal aku. bukan kau orang ye.

satu aku pesan. yakin pada dia di atas sana. mohon pada dia dalam setiap perlakuan kau. setiap perlakuan walau sekecil perkara. sungguh dia akan bantu. tak suka panjang2 sangat.

selamat malam muda.
 fi hifzillah kau orang :)
doakan aku yeah.
assalamualaikum.

Selasa, 17 Mei 2016

hai

bismillah.

subhanallah. lama sangat sangat tak menulis. blog ni dah sangat2 berhabuk. aku pun x sangka aku akan menulis lagi. aku x ingat pun aku pernah ada blog ni. yes aku pelupa. astaghfirullah.

it's when aku nak cari blog hilal asyraf, tapi under maintenance. aku cari blog mat luthfi, macam bukan blog dia je. then aku teringat kat member skolah dulu. aku taip nama dia kat google sbb nak cari blog dia. yes memang keluar. tapi aku jumpa blog aku . bukan dia.

aip, macam mana boleh jadi macam tu? pelik kan?

sebab nama dia is tajuk for my last post dalam blog aku. rupanya.

aku pon x ingat. bila bukak balik, baru aku teringat balik : "oh aku pernah ada blog. and dulu selalu sangat luah perasaan kat muka blog ni" haha. it's not just that. aku rindu dia (tajuk last post aku). bila teringat balik, feels like ohh. haha.

it was 2013. and now is 2016. 3 years passed.

subhanallah. kalau nak diceritakan what had happened to me sepanjang these 3 years. sangat banyak. tak mampu nak catat. perasaan bahagia, sedih, malu, marah, jatuh, bangkit yang aku alami. so ashamed of myself.

 shoot off dulu. actually, aku tgh exam final ni. x sangka jumpa balik blog ni. nanti2 la aku tulis balik ye. nanti aku kumpul balik segala kisah suka duka aku. in shaa allah kalau aku tak lupa sebab satu korang kena tahu. aku pelupa. malu nak cakap sebenarnya. but thats me.

ok bye.
 may allah bless u.
may allah ease u.
pray for me yeah.
assalamualaikum :)