Sabtu, 21 Mei 2016

fi hifzillah

21 mei, sabtu, 8.26 malam.

assalamualaikum.

kau tahu tak perasaan bila berjauhan dari ahli keluarga? perasaan tu macam tak mampu nak diluahkan. mungkin bagi kau itu perkara remeh. tapi tidak aku. aku bukan jenis yang manja dengan family sendiri.

kami bukan jenis yang setiap hari akan call tanya itu ini, sembang itu ini. share itu ini. kami jenis yang tak tunjukkan kasih sayang sesama kami secara direct. hasilnya, jarang sangat call mereka. tanya khabar. kongsi masalah apatah lagi. terkadang aku iri melihat mereka yang setiap kali call parents/family members, mereka kelihatan sangat bahagia, cerita itu ini, panjang perbualan. entah apa yang dibicarakan. aku ni, bila ayah/ibu call atau sebaliknya, pasti ada tujuan kalau tak, takkan call punya. dan kalau bercakap pun, x pernah sampai 5 minit pon. sebab tak tahu apa yang nak dibualkan. masing2 begitu.

tapi kalau rindu tu, hanya tuhan yang tahu. menangis mengenang saat bersama mereka walaupun tidaklah seerat mana.

tapi lega melihat mereka baik2 sahaja di depan mata. tidak sakit dan sebagainya. tapi bila berjauhan, entah apa yang menimpa mereka. risau. ayah, ibu yang semakin lanjut usia. kakak2, abang dan adik lelaki aku yang entah macam mana hidup mereka. aku tidak mampu berbuat apa2. padahal boleh je call tanya khabar semua. tapi entah kenapa. janggal itu ada. padahal seboleh bolehnya aku mahu datang pada mereka katakan aku sayang mereka. jaga diri baik2. jaga iman, jaga hti, jaga amalan, jaga kesihatan, belajar kerana tuhan, tapi...itu semua cuma dalam doa.

kalian, semoga kalian dijaga tuhan. semoga kalian masih di bwah rahmat tuhan.
fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan