Sabtu, 21 Mei 2016

video sc

21 mei 2016, sabtu, 2.52 petang.

aku syahidah.

alhamdulillah, kini aku telah diberi kesempatan untuk brnafas di muka bumi selama 19 tahun lebih. sekarang aku sudah berumur 20 tahun walaupun belum genap.

 satu aku nak kongsi. dalam hidup ini, aku selalu merasakan bahawa aku bertuah. kenapa? kerana walau sebesar mana dosa aku lakukan, tuhan tak pernah lagi menghukum aku. maka aku pun mula jadi leka.

 aku masih seorang yang bergelar pelajar. suatu masa, aku rasa aku terbiasa dengan sikap belajar akhir waktu. bila peperiksaan dah dekat, 2 atau 1 hari sebelum tu baru aku mula belek buku pelajaran. dan peperiksaan sentiasa baik. terbaik dari yang lain. terkadang rasa bangga dan bahagia.

 satu saat, aku sedang sibuk mengulangkaji. seingat aku sewaktu itu aku sedang menghafal istilah2 yang aku belajar dalam subjek ulum hadith. sangat banyak istilah yang perlu diingati. dalam bahasa arab pula tu. aku baca, baca dan baca. lupa. baca lagi, bila nak ulang semula apa yang telah dibaca, aku lupa.

 waktu itu, aku rasa sangat susah hati. mengapa susah sangat nak hafal ni? ya allah. aku berhenti dari menghafal. waktu itu nak dekat solat maghrib. usai mengerjakan solat maghrib berjemaah dengan teman sebilik, aku terdetik untuk solat hajat.

dalam sujud terakhir itu, aku berhenti lama. mula2, aku luahkan masalah yang aku hadapi - susah menghafal. lalu, aku mohon pada tuhan agar beri kemudahan dan untuk aku memahami apa yang aku pelajari. lalu minta lagi agar apa yang aku baca mudah dihafal dan tak mudah lupa dari ingatan. lalu minta lagi agar diberi kemudahan serta ketenangan untuk jawab peperiksaan esok. akhir sekali, aku terdetik untuk meminta agar apa yang aku pelajari dan hafal ini akan kekal di dada aku, berguna untuk ummah dan aku beramal dengan apa yang telah aku pelajari. salam.

 kau tahu? selesai solat 2 rakaat itu, aku kembali sambung baca subjek ulum hadith tu dan subhanallah. aku senang faham dan bila faham mudah sangat nak hafal. aku dapat rasakan betapa tuhan mendengar doa aku. tuhan makbulkan doa aku. menitis air mata aku saat itu.

 baru aku sedar. selama ini kalau aku punya masalah, penat, stres belajar, aku kurangkan bebanan yang dirasa tu dengan tengok movie, jalan2 keluar serata kl, bersukan. jarang aku pilih untuk bersujud di kala itu atau buka buku cinta tuhan itu. ya, aku sangat teruk. lupa pada dia. bila dalam susah, baru aku menangis nangis mencari tuhan padahal tuhan sentiasa berada di sisi aku.

satu perkara. kau susah, kau senang, cari tuhan dulu. lupakah kau dia yang ciptakan kau?

 fi hifzillah.
 doakan aku yeah.
assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan