20 mei 2016, jumaat, 7.49 malam menurut jam laptop aku.
assalamualaikum semua. salam jumaah mubarakah.
pertama sekali, kenapa aku perlu tulis tarikh, hari dan masa pada permulaan penulisan aku? sebab aku pelupa. sering kali aku ingatkan diri bahawa aku pelupa sebab apa? sebab aku pelupa. dan amat sayang kalau aku lupa kisah aku, mereka yang pernah hadir mencorakkan memori aku. sayang kalau aku lupa.
bismillah. kalam pemula tanda dia tuhan yang esa.
entry pertama selepas starting post yang aku tulis 2 hari lepas ni akan aku mulakan dengan satu kisah yang mungkin tidak penting bagi kau orang. tapi cukup bermakna untuk aku.
kau tahu? bukan mudah untuk aku mencoret kisah di muka blog ni sebab aku bukan seorang yang puitis atau reti berbahasa indah.
cuma bahasaku straight to the point. kadang aku seorang yang fahami. haha. manusia itu semua berbeza, khilaf. dan khilaf itu rahmat. ya.
"belajarlah apa yang kau minat"
"memilihlah dalam berkawan"
"buatlah persediaan awal dalam setiap perkara"
"kadang pertemuan tanpa sengaja itu ada hikmah"
"buatlah sesuatu mengikut apa yang kau rasa mampu"
"kalau kau sibuk bekerja untuk jalan tuhan, pasti tuhan akan bantu kau dalam kau susah"
cliche bukan kata-kata kat atas ni? sangat. tapi kau tak tahu, banyak yang aku pelajari dari kata-kata itu. itu semua bukan omong aku.
tapi aku kutip semuanya dari manusia yang berbeza. yang aku rapat mahupun tak rapat. kenal mahupun tak kenal. hikmah. aku jumpa dia tanpa ketahui satu sama lain. tapi pertemuan itu membawa aku sedar tentang hidup.
dulu aku selalu ikut orang. orang pilih pink, aku pilih pink. orang ikut jalan itu, aku turut. tahu tak? waktu sekolah menengah, aku ambil aliran sains tulen. padahal aku tak minat sains. at last, semua subjek sains aku waktu spm semua gred bukan a. dan aku belajar sesuatu, "buatlah sesuatu yang kau minati"
tidak aku mahu cerita semua dahulu. cukuplah satu dulu. kalau ku sumbat semua, macam lah kau ambil pengajaran. haha. aku bercakap perihal aku. bukan kau orang ye.
satu aku pesan. yakin pada dia di atas sana. mohon pada dia dalam setiap perlakuan kau. setiap perlakuan walau sekecil perkara. sungguh dia akan bantu.
tak suka panjang2 sangat.
selamat malam muda.
fi hifzillah kau orang :)
doakan aku yeah.
assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan