Khamis, 26 Mei 2016

kami

25 mei 2016. rabu. 12.15 am.

assalamualaikum.

satu hari nanti, akan aku kenang semua insan yang pernah mewarnai hidup ini :)

actually, hari ni aku berhasrat untuk ke hospital kl dan rupa-rupanya appoinment bukan hari ni. tapi esok. ohh.

petang . kami satu bilik keluar ke pasar malam. menghabiskan sisa waktu yang berbaki untuk semester ini. mi kawah-roti arab-popia basah-putu bambu-kek cheese tak tulen-kebab-yongtaufu-air mangga-coconut shake tak sedap(bak kata intan).

banyak kan? meraikan rakan sebilik yang sangat supportive. haha. jangan berkira pasal makan bila berkawan ni. haha. yes, sangat seronok bila nampak semua kenyang.

malam. study bm kerjaya untuk final exam esok. sambil habiskan sisa yongtaufu dan kek yang belum habis. diselang seli dengan saat menunggu reply untuk samyang dan sambal hitam yang diorder. haha. macam macam. aku pulak resah berbalas wasap tentang phone aku yang tgh rosak. risau mengenang nasib hp itu.

entah. rasa seronok dapat bersama. tiba-tiba masuk bab nak travel ke korea.

afini pon cakap : "korang kawen la dengan orang kaya. lepas tu belanja gi korea."

haha. terhibur kami. antara penghibur kami yang bekerjaya :))

ok, sekian. semoga ukhuwah kami berkekalan.

fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan