Jumaat, 27 Mei 2016

semoga

27 mei 2016, jumaat, 6.13 petang.

assalamualaikum.

salam jumaah mubarakah semua. subhanallah, ramadhan tak lama lagi akan menjelma. bersediakah kita? cliche. but that's actually should be reminded sebab kadang2 kita tak sedar. kerna manusia itu pelupa dan perlu sering diingatkan.

1. yang mana belum habis ganti puasa ramadhan tahun lepas, sila gantikan segera. note to myself too. huhu. 

2. latih diri untuk bangun malam mulai sekarang. nanti tak lah kelat nak bangun. sayang kalau tak manfaatkan malam-malam ramadhan yang penuh berkat tu. in shaa allah kali ni akan dimanfaatkan.

3. biasakan diri bersedekah setiap hari walau sesen pun. subhanallah, tidak kita tahu apa ganjarannya. kadang2 minda masyarakat melayu khususnya selalu menganggap sedekah tu mesti keluar duit.
anda anda dan anda, senyum tu pun sedekah tau. huhu. awak tolong orang pun sedekah. bagi makan orang lain waktu berbuka puasa tu pun sedekah. so pandai2 lah bersedekah ikut kemampuan masing2. in shaa allah semuanya dikira di sisi tuhan.

4. tilawah kalam tuhan setiap kali lepas solat. biasakan walau satu ayat :) in shaa allah masa kita bermanfaat.

so these are some tips and amalan yang boleh diistikomahkan sepanjang puasa. banyak lagi benda lain boleh buat, tapi kalau kau bukan jenis rajin buat benda2 ni, mulakan sikit2 yang simple2 je dulu, biasakan dulu, okeh . 

semoga aku tak :

   boros
   malas
   banyak tidur
   buang masa
   kuat marah

in shaa allah. "dan berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan kepadamu" itu janji tuhan. pray.

ramadhan dah nak datang.
fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan