Rabu, 14 September 2016

K O R B A N

14 September 2016, Rabu.

Bismillah.
12.09.2016.Isnin.Selamat Hari Raya Aidiladha a.k.a. hari raya korban.

This year aku smbut kat KL je wth my family. Balik johor tak, selangor pon tak. Kami smbut simple2 je tahun ni. Masak nasi impit dgn kuah kacang and kuah lodeh.

What's the difference is tht bila Allah smpaikn my sis , Fateahah balik kl dari kelantan suddenly sebab ibu nangis kata 'teha, knapa tak balik'. Haha. Then isnin mlm tu jgak my sis ambik flight blik kl and smua gegirls jmput dia kat klia jam 12.30 pagi

The diff is not tht. It was bila kak teha cerita bila dia support kempen #QuranHour kat kelantan on Sunday.

She's alone kat asrama. Kwn smua kelik rumoh. She was planning to hidupkn tht kempen dlm bilik dia je. Read Quran for an hour and fullstop. But she didnt.

Guys, nanti aku sambung. Aku ad kls japgi. Aku nak bersiap. Aku tau my writing x masuk lagi psl tajuk post. Nanti sambung, kang x g kelas pulak.

#apasalLaUiaTakCutiSeminggu

Gerak lu . Fi hifzillah.

Jumaat, 27 Mei 2016

semoga

27 mei 2016, jumaat, 6.13 petang.

assalamualaikum.

salam jumaah mubarakah semua. subhanallah, ramadhan tak lama lagi akan menjelma. bersediakah kita? cliche. but that's actually should be reminded sebab kadang2 kita tak sedar. kerna manusia itu pelupa dan perlu sering diingatkan.

1. yang mana belum habis ganti puasa ramadhan tahun lepas, sila gantikan segera. note to myself too. huhu. 

2. latih diri untuk bangun malam mulai sekarang. nanti tak lah kelat nak bangun. sayang kalau tak manfaatkan malam-malam ramadhan yang penuh berkat tu. in shaa allah kali ni akan dimanfaatkan.

3. biasakan diri bersedekah setiap hari walau sesen pun. subhanallah, tidak kita tahu apa ganjarannya. kadang2 minda masyarakat melayu khususnya selalu menganggap sedekah tu mesti keluar duit.
anda anda dan anda, senyum tu pun sedekah tau. huhu. awak tolong orang pun sedekah. bagi makan orang lain waktu berbuka puasa tu pun sedekah. so pandai2 lah bersedekah ikut kemampuan masing2. in shaa allah semuanya dikira di sisi tuhan.

4. tilawah kalam tuhan setiap kali lepas solat. biasakan walau satu ayat :) in shaa allah masa kita bermanfaat.

so these are some tips and amalan yang boleh diistikomahkan sepanjang puasa. banyak lagi benda lain boleh buat, tapi kalau kau bukan jenis rajin buat benda2 ni, mulakan sikit2 yang simple2 je dulu, biasakan dulu, okeh . 

semoga aku tak :

   boros
   malas
   banyak tidur
   buang masa
   kuat marah

in shaa allah. "dan berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan kepadamu" itu janji tuhan. pray.

ramadhan dah nak datang.
fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)


Khamis, 26 Mei 2016

kami

25 mei 2016. rabu. 12.15 am.

assalamualaikum.

satu hari nanti, akan aku kenang semua insan yang pernah mewarnai hidup ini :)

actually, hari ni aku berhasrat untuk ke hospital kl dan rupa-rupanya appoinment bukan hari ni. tapi esok. ohh.

petang . kami satu bilik keluar ke pasar malam. menghabiskan sisa waktu yang berbaki untuk semester ini. mi kawah-roti arab-popia basah-putu bambu-kek cheese tak tulen-kebab-yongtaufu-air mangga-coconut shake tak sedap(bak kata intan).

banyak kan? meraikan rakan sebilik yang sangat supportive. haha. jangan berkira pasal makan bila berkawan ni. haha. yes, sangat seronok bila nampak semua kenyang.

malam. study bm kerjaya untuk final exam esok. sambil habiskan sisa yongtaufu dan kek yang belum habis. diselang seli dengan saat menunggu reply untuk samyang dan sambal hitam yang diorder. haha. macam macam. aku pulak resah berbalas wasap tentang phone aku yang tgh rosak. risau mengenang nasib hp itu.

entah. rasa seronok dapat bersama. tiba-tiba masuk bab nak travel ke korea.

afini pon cakap : "korang kawen la dengan orang kaya. lepas tu belanja gi korea."

haha. terhibur kami. antara penghibur kami yang bekerjaya :))

ok, sekian. semoga ukhuwah kami berkekalan.

fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)

Isnin, 23 Mei 2016

beware

23 mei, isnin, 8.50 malam.

assalamualaikum. 

here i begin. note to myself dan semua. hidup ini yes kau punya . maka terserah pada kau la nak buat apa untuk make ur life as wonderful as u wish. but, berwaspada la. kau punya musuh yang tidak nyata tu always there to make ur life sesesat mungkin. beware .

and this is where our nafs play the role. kehendak, keinginan, kemahuan and whats so ever that u call, its ur choice. but make sure itu bukan pilihan yang sia-sia. come on, sayang kot if u budak agama and u choose to be such that devil. 

wake up. there is ups and downs in our life. iman naik turun, of course. for sure tak dinafikan langsung. but kita diberi pilihan sama ada live well or live hell. dah besar kan ? 

use techno nowadays in the best way. to lighten up ur soul. purify ur heart and mind. to spread the words of allah. 

may allah ease. may allah bless. fi hifzillah. pray for me yeah. assalamualaikum :)

Sabtu, 21 Mei 2016

fi hifzillah

21 mei, sabtu, 8.26 malam.

assalamualaikum.

kau tahu tak perasaan bila berjauhan dari ahli keluarga? perasaan tu macam tak mampu nak diluahkan. mungkin bagi kau itu perkara remeh. tapi tidak aku. aku bukan jenis yang manja dengan family sendiri.

kami bukan jenis yang setiap hari akan call tanya itu ini, sembang itu ini. share itu ini. kami jenis yang tak tunjukkan kasih sayang sesama kami secara direct. hasilnya, jarang sangat call mereka. tanya khabar. kongsi masalah apatah lagi. terkadang aku iri melihat mereka yang setiap kali call parents/family members, mereka kelihatan sangat bahagia, cerita itu ini, panjang perbualan. entah apa yang dibicarakan. aku ni, bila ayah/ibu call atau sebaliknya, pasti ada tujuan kalau tak, takkan call punya. dan kalau bercakap pun, x pernah sampai 5 minit pon. sebab tak tahu apa yang nak dibualkan. masing2 begitu.

tapi kalau rindu tu, hanya tuhan yang tahu. menangis mengenang saat bersama mereka walaupun tidaklah seerat mana.

tapi lega melihat mereka baik2 sahaja di depan mata. tidak sakit dan sebagainya. tapi bila berjauhan, entah apa yang menimpa mereka. risau. ayah, ibu yang semakin lanjut usia. kakak2, abang dan adik lelaki aku yang entah macam mana hidup mereka. aku tidak mampu berbuat apa2. padahal boleh je call tanya khabar semua. tapi entah kenapa. janggal itu ada. padahal seboleh bolehnya aku mahu datang pada mereka katakan aku sayang mereka. jaga diri baik2. jaga iman, jaga hti, jaga amalan, jaga kesihatan, belajar kerana tuhan, tapi...itu semua cuma dalam doa.

kalian, semoga kalian dijaga tuhan. semoga kalian masih di bwah rahmat tuhan.
fi hifzillah.
doakan aku yeah.
assalamualaikum :)